05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Patuh Syariah

1

3 - 5 November 2016 (Khamis – Sabtu)– Cawangan Penguatkuasaan , JAWI Labuan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program Seminar Patuh Syariah.

Program motivasi selama 3 hari 2 malam itu dihadiri sebanyak 60 remaja lelaki dan perempuan bertempat di Pusat Ko Kurikulum, Kampung Ganggarak, Wilayah Persekutuan Labuan.

Program Seminar Patuh Syariah memberi fokus kepada pembentukan sikap muslim sejati menerusi aktiviti-aktiviti seperti sesi ceramah, kuliah agama, LDK dan aktiviti yang bercirikan Islamik.

Kebanyakan peserta yang mengikuti program ini merasa amat gembira dan seronok kerana berpeluang menambahkan ilmu disamping berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru. Melalui program ini juga, mereka semakin sedar akan kepentingan menjadi seorang muslim soleh yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah, ibu bapa, saudara mara dan rakan taulan.  

32  
54  
67  

Foto & Teks oleh:
Cawangan Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan

 


Cetak   Emel