05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Penutup Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Disambut Meriah Bersama Warga Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati

semarak3

 

 

2 November 2016 | 2 Safar 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Penutup Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1438H pada 31 Oktober 2016 dengan kerjasama Masjid Salahuddin Al-Ayyubi bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur. Majlis penutup kali ini diadakan bersekali dengan Program Sehari Bersama Komuniti Sempena Semarak Maal Hijrah tahun 1438H/2016M anjuran jawatankuasa Masjid Salahuddin Al-Ayyubi. Antara aturcara yang dijalankan sepanjang majlis kali ini ialah Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Pra-sekolah dan Forum Maal Hijrah melibatkan ahli panel YBhg. Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail dari Universiti Malaya dan Pendakwah Bebas, YBhg. Ustaz Mohd Fauzi bin Mustafa dipimpin moderator, YBhg. Ustaz Nabil bin Ahmad (Far East) dari JAKIM.

 

 

Turut diadakan ialah Majlis Penyampai Hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sepanjang sebulan sambutan Semarak Maal Hijrah 1438H. Kumpulan Shoutul Jundiy dari Masjid Khalid bin Al-Walid, Jalan Padang Tembak, Sentul telah menjadi johan Pertandingan Berzanji manakala Naib Johan dimenangi oleh kumpulan MIM dari Masjid Abdul Rahman al-Auf, Puchong. Pertandingan Pidato IPTA/IPTS pula telah dimenangi oleh saudara Mohd Nazmie bin Muhd Nasir dari Universiti Malaya manakala Naib Johan dimenangi oleh saudara Mohd Safix bin Lamsah dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Turut dijalankan ialah Pertandingan Kuiz yang dijuarai oleh Sek. Men. Agama Kuala Lumpur (SMAKL) sementara Sek. Ren. Agama Al-Mubarakah, Cheras dan Sek. Ren. Agama Saidina Uthman bin Affan, Bandar Tun Razak masing-masing muncul Johan dan Naib Johan Pertandingan Explorace melibatkan pelajar sekolah rendah.

 

 

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Hj. Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI yang turut menyempurnakan Majlis Penutup Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1438H diiringi oleh YBhg. Dato’ Roslan bin Madon, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Salahuddin al-Ayyubi, Taman Melati. Majlis penutup turut diserikan dengan persembahan Berzanji oleh kumpulan Shoutul Jundiy. Pengunjung juga telah berpeluang berkunjung ke gerai-gerai pameran yang terlibat antaranya Persatuan Perubatan Hijamah Malaysia (PERHIJAM), Susu Hayyan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), UNIKOP, PICOMS dan Galeri Ilmu.

 

 

 

semarak5 semarak6
 semarak2  semarak4
 semarak11  semarak7


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel