05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Penyelarasan Format Sijil Dan Borang Nikah, Cerai Dan Ruju’ (NCR) SPPIM

31 Oktober 2016/ 30 Muharam 1438 H (Isnin) - Bengkel Penyelarasan Format Sijil dan Borang Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

Bengkel tersebut dihadiri oleh 22 orang ahli mewakili Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) dan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Terengganu.

Bengkel penyelarasan ini telah beberapa kali diadakan dan ini merupakan bengkel penyelarasan terakhir sebelum sijil dan borang tersebut dibawa kepada Majlis Agama Islam negeri masing-masing untuk diwartakan. Penyelarasan adalah melibatkan sijil dan borang berkaitan Nikah, Cerai dan Ruju’ (NCR) Orang Islam.

Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian KSK, Jakim iaitu YBrs. Tuan Halim bin Ahmad. Besarlah harapan beliau sekiranya format dan sijil NCR tersebut dapat diselaraskan seluruh Malaysia amnya dan negeri-negeri SPPIM khususnya. Ia penting bagi memudahkan umat Islam seluruhnya. Bengkel bersurai pada jam 4.30 petang.

 

   
   

 

Disediakan Oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga (BPPK)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 


Cetak   Emel