05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JOM SUBUH BAGI PENUH 4.0 MASJID KHADIJIAH

   jomsubuhpenuh3  
 

22 Oktober 2016 | 21 Muharram 1438H(Sabtu) – Kemeriahan waktu subuh dirasai oleh lebih 500 orang ahli jemaah di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam dalam Slot Salam Khadijiah yang menampilkan PU Hafiz dan Adam Corrie bin Abdullah sebagai panel yang bertajuk ‘Jom Hijrah! Pape Roger!’

Program Jom Subuh Bagi Penuh merupakan program siri ke-4 daripada enam siri yang akan diadakan pada tahun 2016 ini. Sehingga siri ke-4, masyarakat kariah Masjid Jamek Al-Khadijiah menyambut baik dan mengharapkan agar program ini diteruskan lagi dengan menampilkan penceramah-penceramah yang terkenal dan hebat. Jom Subuh Bagi Penuh kali ini yang bertemakan Hijrah membicarakan tajuk yang agak santai dan lebih diterima oleh warga Pantai Dalam. Jemaah amat tertarik dengan perkongsian yang telah disampaikan oleh kedua-dua panel yang telah Berjaya menyentuh hati jemaah yang hadir.

Program ini ternyata berbekas di hati para Jemaah dan diharap untuk terus diadakan lagi pada masa akan datang. Begitu juga para panelis yang menyokong penuh program ini. Selepas selesai forum, tetamu yang hadir berpeluang bersarapan bersama panelis dengan hidangan istimewa kambing golek khas kepada jemaah yang disayangi.

 
     
jomsubuhpenuh2  jomsubuhpenuh4  jomsubuhpenuh
 
     

Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel