Program Bicara Akidah
27 Oktober 2016M (Khamis) / 26 Muharam 1438H - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan melalui Masjid Jamek Annur telah mengadakan Program Bicara Akidah.
Program ini telah diadakan di Dewan Syura, Masjid Jamek An-Nur WP Labuan. Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hamdani Bin Omar, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah. Seramai 100 orang yang terdiri daripada kakitangan jabatan ,guru – guru Sekolah Rendah Agama Islam Labuan (SRAI), guru – guru KAFA dan kakitangan Pejabat Mufti WP Labuan dan JAWI Labuan telah menyertai program ini.
JAWI Labuan.
|
Jumlah paparan: 1649