05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kempen Kesedaran Kanser di Masjid Bangsar

kanser3

22 Oktober 2016 (Sabtu) – Satu program khas kesihatan telah dianjurkan khusus untuk masyarakat di Bangsar dan sekitarnya iaitu program Kempen Kesedaran Kanser 2016 bertempat di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. Program ini adalah merupakan anjuran bersama Masjid Saidina Abu Bakar As- Siddiq dan Persatuan Kanser Kan Work iaitu satu kumpulan yang menjalankan aktiviti outreach atau aktiviti mendampingi komuniti. Objektif program ini adalah untuk member sokongan dan informasi berkaitan penyakit kanser dan penjagaannya.

Pelbagai aktiviti dan program telah diadakan sepanjang program ini dijalankan bermula seawal jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Program dimulakan dengan Ceramah Kesedaran Kanser yang disampaikan oleh Prof. Madya (K) Dato’ Dr. Fuad Ismail yang merupakan pakar onkologi di PPUKM. Kemudiannnya program diteruskan dengan perkongsian pengalaman bersama survivor kanser dan Sembang Diet bersama Prof. Madya Dr. Suhaina Sulaiman dari UKM.

Antara aktiviti lain yang diadakan ialah seperti Pemeriksaaan Kesihatan Umum, Pameran Kesedaran Kanser, Jualan Amal dan Mini SPA. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan mencapai kehadiran seramai 300 orang pada hari tersebut.




kanser4 kanser 1
 kanser2  

Disediakan Oleh:                                                                                                                            
Pejabat Zon 6, Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel