05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

HCTM Terima Kunjungan ‘Ziarah Ukhuwah’ JAWI

ziarahppukm6

 

 

26 Oktober 2016 | 25 Muharram 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program Ziarah Ukhuwah ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) atau lebih dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sebagai salah satu aturcara Semarak Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1438H/2016M pada 25 Oktober 2016. Seramai 18 orang pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah diketuai oleh YBrs. Tuan Hj. Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah telah membuat lawatan ke wad-wad terlibat antaranya Wad Ortopedik dan Wad Traumatologi, HCTM.

 

 

Objektif Ziarah Ukhuwah kali ini antara lain bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di kalangan pesakit dan tidak ketinggalan kakitangan-kakitangan yang bertugas di wad hospital berkenaan di samping merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin di antara JAWI dan HCTM. Sesi lawatan bermula pada jam 10.00 pagi disambut oleh Pakar Ortopedik, Dr. Abdul Yazid bin Mohd Kassim serta Unit Perhubungan Awam (PRO) HCTM. Peserta ziarah turut menyampaikan goodies bag di samping memberi khidmat nasihat kepada seramai 100 orang pesakit di wad-wad terlibat. 

 

 

 

ziarahppukm ziarahppukm2
 ziarahppukm5  ziarahppukm3
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel