05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pertandingan Berzanji Dan Marhaban Sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1438H

Berzanji IMG 9116

19 Oktober 2016M/18 Muharram 1438H (Rabu)Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim telah dimeriahkan dengan lima kumpulan Marhaban sekitar wilayah persekutuan Kuala Lumpur yang telah menyertai pertandingan Berzanji dan marhaban sempena Pertandingan Berzanji Dan Marhaban Sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan1438H. Program yang dianjurkan oleh Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan bantuan tenaga pakar yang berkemahiran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia ini merupakan salah satu acara yang dipertandingkan bersempena dengan Sambutan Ma’al Hijrah 1438H/2016M Peringkat Wilayah Persekutuan.

Istimewanya program yang julung-julung kali diadakan telah disertai oleh 5 kumpulan marhaban yang terbuka kepada orang awam lelaki dan perempuan yang menetap di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 50 peserta telah menyertai pertandingan ini. Mereka terdiri daripada 4 kumpulan marhaban wanita dan satu kumpulan marhaban lelaki. Acara bermula dari jam 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

Melalui aktiviti dan pengalaman seperti ini diharapkan agar semua pihak yang terlibat dapat memperkukuhkan lagi ikatan ukhuwwah dan semangat kerjasama selaras dengan tema Sambutan Ma’al Hijrah pada tahun ini “Ukhuwwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”.

Berzanji IMG 9000 Berzanji IMG 9039
Berzanji IMG 9053 Berzanji IMG 9060
Berzanji IMG 9063 Berzanji IMG 9090
Berzanji IMG 9104 Berzanji IMG 9106

Foto oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

Teks oleh:

Bahagian Pelajaran, JAWI

 


Cetak   Emel