05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Mukhayyam PPR Seri Semarak Bersama JAWI Dapat Sambutan Hangat

mukhayyam18

 

 

25 Oktober 2016 | 24 Muharram 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama PPR Seri Semarak telah menganjurkan program Mukhayyam sebagai salah satu program Semarak Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1438H yang disambut sepanjang bulan Muharram 1438H. Program Mukhayyam kali ini telah melibatkan seramai hamper 650 orang penduduk PPR Seri Semarak yang terdiri daripada orang dewasa, remaja dan kanak-kanak. Pelbagai aturcara telah diselitkan di dalam program Mukhayyam selama 2 hari bermula 22 Oktober 2016 ini yang turut mendapat kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, DBKL, PDRM, Kementerian Kesihatan Malaysia dan MAIWP antaranya Ceramah Keibubapaan, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan Menulis Khat, LDK Smart Solat, Qiamullail, Forum Perdana, senamrobik dan tidak ketinggalan acara gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran PPR Seri Semarak.

 

 

Antara objektif program Mukhayyam pada kali ini ialah membolehkan JAWI memainkan peranan selaku organisasi agama untuk turun menjengah ke dalam masyarakat dalam usaha menangani masalah sosial yang semakin serius di kalangan bukan sahaja remaja dan kanak-kanak, malahan di kalangan orang dewasa. Program ini juga secara tidak langsung menyediakan ruang untuk JAWI lebih ‘dekat’ dengan masyarakat sekaligus menjadi platform untuk masyarakat lebih memahami dan jelas dengan peranan JAWI dalam membantu beberapa perkara berkaitan aqidah, ibadah dan akhlak khususnya penduduk di PPR Seri Semarak dan masyarakat amnya. Program Mukhayyam ini telah berakhir dengan Majlis Penutup yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI yang turut sudi menyampaikan hadiah-hadiah pertandingan yang diadakan sepanjang program dan cenderahati kepada penduduk-penduduk PPR Seri Semarak.

 

 

 

mukhayyam mukhayyam3
 mukhayyam5.jpg  mukhayyam9
 mukhayyam13  mukhayyam24


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel