05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

HALAQAH AN-NISA’ SIRI V

1

 

24 Oktober 2016M (Isnin) / 23  Muharam 1438H -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan melalui Cawangan Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Agama Islam WP Labuan telah mengadakan Program Halaqah An-Nisa’ bertajuk Wanita dan Perubatan Islam.

 

Program ini telah diadakan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan. Ianya merupakan program penutupan Halaqah An-Nisa’ sebanyak 5 siri yang telah dijalankan sejak Mac 2016. Kesemua program yang dirancang ini telah menyentuh tajuk – tajuk yang berkaitan dengan wanita sahaja. Bagi ceramah kali ini, ianya telah disampaikan oleh Ustaz Norazlan bin Mahmood @ Mohamed dari tenaga pengajar di salah sebuah sekolah di Labuan. Beliau juga merupakan pengamal perubatan Islam di Darussyifa’ Cawangan Labuan. Seramai 40 orang yang terdiri daripada kakitangan jabatan ,guru – guru Sekolah Rendah Agama Islam Labuan (SRAI), guru – guru KAFA dan kakitangan Pejabat Mufti WP Labuan menyertai program ini.

                                                                                                                              

2 3
 4  5
   


Disediakan oleh
Cawangan Pengurusan Dakwah

JAWI Labuan.

 


Cetak   Emel