05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Yang di-Pertuan Agong Merasmikan Masjid Ar Rahah

perasmianrahah2

21 Oktober 2016 (Jumaat), Bangsar South – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, di sini. Masjid yang berkonsepkan binaan Islamik moden kontemporari ini mula dibina pada 14 April 2010 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2012 dengan kos RM10.6 juta.

Nama masjid ini diambil bersempena nama ibu kepada penyumbang dana pembinaan masjid, Datuk Seri Mohd Nazir Razak iaitu Tun Rahah Mohd Noah. Beliau juga adalah ibu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Masjid Ar-Rahah itu dibina di atas tanah berkeluasan kira-kira 1.74 hektar dan mampu memuatkan seramai 2,500 jemaah pada satu-satu masa.

Tuanku Abdul Halim kemudian berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid ini. Turut hadir di dalam majlis perasmian ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri, Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato' Haji Othman Bin Mustapha Dan Timbalan Pengarah Operasi Jawi,YBhg. Tuan Haji Yaakub Bin Abdul Rahim.

perasmianrahah perasmianrahah4
 perasmianrahah3  

Disediakan Oleh:                                                                                                                            
Pejabat Zon 6, Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel