05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Explorace Kembara Hijrah Berjaya Menyemarakkan Sambutan Ma’al Hijrah 1438H

Explorace 07

19 Oktober 2016M/18 Muharram 1438H (Rabu)Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim telah digegarkan dengan kemeriahan peserta Pertandingan Explorace Kembara Hijrah 1438H. Program yang dianjurkan oleh Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan bantuan daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Jurulatih Pusat Kokurikulum JPN Putrajaya ini merupakan salah satu acara yang dipertandingkan bersempena dengan Sambutan Ma’al Hijrah 1438H/2016 Peringkat Wilayah Persekutuan.

Istimewanya program yang julung-julung kali diadakan ini ialah ia disertai seramai 40 kumpulan di mana ia merupakan jumlah penyertaan yang paling ramai dalam penganjuran explorace bagi kategori murid sekolah. Mereka terdiri daripada murid SRA, KAFA dan Sekolah Kebangsaan (SK) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Acara bermula dari jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

Program seumpama ini telah memberi pendedahan baharu kepada guru-guru SRA dan KAFA bahawa proses pembelajaran bukan hanya perlu tertumpu di bilik darjah semata-mata, tetapi boleh dilaksanakan di luar bilik darjah. Selain itu, murid juga dapat mengenali bakat dan potensi diri mereka dengan membuktikan kebolehan menyelesaikan masalah di samping dapat meningkatkan kecergasan fizikal berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.

Melalui aktiviti dan pengalaman seperti ini diharapkan agar semua murid dan pihak-pihak yang terlibat dapat memperkukuhkan lagi ikatan ukhuwwah dan semangat kerjasama selaras dengan tema Sambutan Ma’al Hijrah pada tahun ini, “Ukhuwwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”. Program Explorace Kembara Hijrah pada kali ini telah berjaya menarik minat pihak IAB untuk menjadikannya sebagai salah satu kajian tindakan dalam bidang pengurusan kokurikulum di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Explorace 01 Explorace 02
Explorace 06 Explorace 03
Explorace 04 Explorace 05

Foto dan teks oleh:

Masjid Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel