05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pemantauan Ke Pusat Kursus Pra Perkahwinan

1

22 Oktober 2016(Sabtu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI Labuan telah mengadakan pemantauan ke pusat kursus  Pra Perkahwinan. Pemantauan ini telah dihadiri oleh Ustaz Zakaria Bin Muhamed dan Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan JAWI Kuala Lumpur.

Tujuan dan matlamat pemantauan ini bertujuan untuk memastikan pengendali pusat kursus sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang telah dikuatkuasakan oleh pihak JAWI di dalam pengendalian kursus kepada pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Disamping itu juga bagi persediaan migrasi sistem e-Munakahat kepada Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia(SPPIM) yang dijangka digunapakai sepenuhnya pada pertengahan Januari 2017. Semua penggedali kursus telah diminta menyediakan prasarana bagi aplikasi penggunaan SPPIM ini bagi modul Kursus Pra Perkahwinan. Pihak JAWI juga telah bercadang untuk memasukkan syarat baru kepada pengendali pusat kursus ini dengan mensyaratkan penggunaan SPPIM sepenuhnya bermula tahun 2017.

Semoga dengan pemantauan ini dapat memberi bimbingan kepada pengendali pusat kursus ini agar dapat bersedia  menggunakan sistem yang telah diwujudkan ini.

Setinggi tinggi tahniah kepada semua yang terlibat, semoga dapat memberi sumbangan ilmu dan curahan pengalaman yang pastinya berguna bagi Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI Labuan.

2 3
   
   


Disediakan oleh
Cawangan Perkahwinan

JAWI Labuan.

 


Cetak   Emel