05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Pengurusan Harta

05

20 Oktober 2016 | 19 Muharram 1438H– Cawangan Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Seminar Pengurusan Harta yang bertajuk Pengurusan Harta Sepencarian Menurut Perspektif Islam, Isu Pengurusan Harta Sepencarian Menurut Undang-Undang Islam dan Sivil: Peranan Siapa? Dan Tanggungjawab Suami dan Isteri Terhadap Harta Sepencarian Selepas Perceraian yang menampilkan YBhg En. Usman bin Haji Hamid Pegawai Amanah Rakyat Berhad, Cawangan Kota Kinabalu dan En. Asri bin Hussin daripada Mahkamah Tinggi Syariah WP Labuan.

Forum yang dihadiri seramai 250 orang telah bermula pada 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran dari kalangan penjawat awam, badan-badan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan, pertubuhan wanita, orang perseorangan dan ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Labuan.

 

 

Antara objektif seminar ini diadakan adalah bagi memberi kefahaman mengenai konsep harta sepencarian dalam Islam, memberi pendedahan serta pengetahuan bagi memahami dengan lebih jelas bagaimana menguruskan harta sepencarian yang dianjurkan dalam Islam.

06 07
   

Disediakan Oleh:                                                                                                                            
Cawangan Perkahwinan, JAWI Labuan


Cetak   Emel