05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Pengukuhan Pendaftar dan Penceramah Kursus MBPKI

1

21 Oktober 2015/ 20 Muharam 1438H (Jumaat) – Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Cawangan Labuan telah mengadakan Bengkel Pengukuhan Pendaftar dan Penceramah Kursus MBPKI JAWI Labuan bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Qardhawi, JAWI Labuan.

Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar dan Penceramah MBPKI telah terpilih menghadiri kursus ini.

Bagi memastikan supaya pelaksanaannya tatacara dan kaedah proses perkahwinan serta kaedah penyampaian ceramah menepati objektif yang telah ditetapkan Jabatan dan Bahagian Komuniti Sosial Dan Keluarga (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kursus ini serba sedikit telah memberi pendedahan dan cara yang berkesan bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan munakahat.

Antara objektif perlaksanaan kursus ini adalah untuk memberi penjelasan kepada semua pendaftar dan penceramah MBPKI mengenai prosuder,isu-isu terkini, memantapkan pemahaman prosuder perkahwinan secara terarah dan teratur melalui kursus yang berkualiti dan berwibawa, memberi pengetahuan mengenai perancangan pengurusan rumahtangga yang di tuntut oleh Islam untuk memperoleh kesejahteraan dan rahmat dari Allah s.w.t.

2 3
4  5

Disediakan Oleh:                                                                                                                            
Cawangan Perkahwinan, JAWI Labuan


Cetak   Emel