05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

FORUM DHUHA MUSLIMAH POWER TALK

forum1

15 Oktober 2016 | 14 Muharram 1438H– Muslimah Al-Khadijiah, Masjid Jamek Al-Khadijiah Pantai Dalam dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) telah mengadakan Forum Dhuha Muslimah Power Talk yang bertajuk Hak-Hak Wanita Dalam Perundangan Islam yang menampilkan Ustazah Pilihan Nurul Hidayah sebagai moderator, Ustazah Zawiah Hasan Panelis 1 dan Puan Fadhlina Sidek yang merupakan Peguam Syari’e sebagai panelis ke-2. Seramai 25 Ahli Jawatankuasa (AJK) Muslimah Al-Khadijiah yang terlibat dalam membuat persiapan dalam menjayakan forum ini. Forum ini merupakan forum yang julung-julung kali diadakan dan merupakan program pertama yang berskala besar dianjurkan dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Ismail dan turut hadir YBhg. Datin Ruslina binti Ibrahim yang merupakan Penaung Muslimah Al-Khadijiah, Masjid Jamek Al-Khadijiah Pantai Dalam.

Forum yang dihadiri seramai 250 orang telah bermula pada 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran dari wakil-wakil muslimah di sekitar kawasan Pantai Dalam antaranya dari Gasing Indah, Pangsapuri Pantai Indah, PPR Pantai Ria, PPR Seri Cempaka, PPR Sri Pantai, PPR Kg. Limau, Taman Bukit Angkasa, PPR Kerinchi, PPR Pantai Permai, Desa Aman 1 & 2, Kondo Rakyat serta beberapa kawasan luar dari Pantai Dalam seperti Jalan Klang Lama dan Taman Sri Manja.

 

Para panelis telah membincangkan isu-isu keruntuhan rumahtangga dan memberi maklumat kepada peserta bagaimana cara untuk mendapatkan dan mempertahankan hak-hak sebagai seorang wanita/isteri sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam rumahtangga. Soalan demi soalan telah diajukan oleh peserta bagi mendapatkan pencerahan dan maklumat yang lebih terperinci daripada para panelis. Forum telah berakhir pada jam 11.30 pagi dan pihak penganjur berharap agar nasib para wanita di Pantai Dalam ini akan lebih terbela dengan adanya maklumat-maklumat yang lebih tepat dan padat yang telah diperolehi dari forum ini.

forum2 forum3
   

Disediakan Oleh:                                                                                                                            
Pejabat Zon 6, Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel