05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Bantuan Teknikal Kerajaan Malaysia Kepada Masyarakat Islam Kemboja

                                                                                             

14 Oktober 2016 / 13 Muharam 1438H (Jumaat) – Kursus Pentadbiran dan Pengurusan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Masyarakat Islam Kemboja Tahap 1(Bil.1/2016) diadakan anjuran bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Pejabat Mufti Kemboja, di Hotel Mekong View Tower, Phnom Penh Kemboja pada 10 hingga 13 Oktober 2016.

Kursus ini dilaksanakan di bawah Program Bantuan Teknikal Kerajaan Malaysia Kepada Masyarakat Islam Kemboja. Ianya bertujuan membantu Pejabat Mufti Kemboja mewujudkan struktur organisasi pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ masyarakat Islam Kemboja serta peraturan dan prosedur perkahwinan masyarakat Islam Kemboja yang yang kemas dan sistematik 

Delegasi JAWI diketuai oleh Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI, Puan Nazihan bt Idris, dan    Encik Hazman bin Hashim selaku penceramah dan fasilitator bagi kursus ini.  

Program ini dimulakan dengan kunjung hormat ke Pejabat Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Pejabat Mufti Kemboja dan pengisian slot kursus dengan sesi ceramah berkaitan dengan pengurusan NCR di Wilayah Persekutuan dan sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi membantu peserta menyediakan draf struktur organisasi pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju’ masyarakat Islam Kemboja.    

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Zakaryaa Adam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja merangkap Timbalan Mufti Kemboja dan turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Sri Hasan Malek, Duta Besar Malaysia ke Kemboja.

 

  

 
   
   

 

 

 


Cetak   Emel