05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TUANKU MUHRIZ DAN IMAM MEKAH DI MASJID BANGSAR

   IMG-20161014-WA0008  
 

14 Oktober 2016 (Jumaat)– Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar telah mengadakan sesi tazkirah khas sebelum solat Jumaat bersama imam jemputan dari Mekah iaitu Al – Fadhil Sheikh Imam Muhammad Shariff Muhammad Imrani yang merupakan salah seorang imam dan guru Al – Quran di Masjid Abbad di Mekah, Arab Saudi. Beliau yang menyampaikan tazkirah dalam bahasa melayu dengan pengisian tajuk yang cukup menarik berkaitan Fitnah Akhir Zaman dan juga menyeru kepada seluruh umat Islam agar sentiasa bersabar menghadapi musibah daripada Allah S.W.T.

Tazkirah khas jumaat ini bermula lebih awal daripada biasa iaitu pada jam 12.15 tengahari sehingga azan zuhur. Pada hari itu juga Masjid Bangsar menerima kunjungan istimewa dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan hadir menunaikan solat Jumaat bersama lebih 4,000 jemaah di masjid ini.

Solat jumaat pada hari tersebut diimamkan oleh Sheikh Imam Muhammad Shariff Muhammad Imrani manakala khutbah dibacakan oleh Ustaz Mohd Bukhari bin Haliah, Ketua Imam Masjid Saidina Abu Bakar As – Siddiq, Bangsar.

 
     

imam shariff1 

tuanku muhriz1 

 
     

Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel