05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KEMPEN PEMAKAIAN TOPI KELEDAR: MJTAAS TURUN PADANG BERSAMA AGENSI KERAJAAN

   IMG-20161012-WA0066  
 

 

14 Oktober 2016M/ 14 Muharram 1438H (Jumaat) – Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS), Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur dengan kerjasama pihak Polis Taman Tun Dr. Ismail, Jabatan Keselamatan Jalanraya Wilayah Persekutuan (JKJR), Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan (JPNIN), Rukun Tetangga Sg. Penchala (RT) dan Persatuan Penduduk Kawasan Sg. Penchala (PPKSP) telah menganjurkan kempen pemakaian topi keledar kepada masyarakat setempat.

 

Acara kempen yang berlangsung selepas solat Jumaat ini bermula dengan pengedaran risalah tentang keselamatan jalan raya kepada para penduduk dan pemberian topi keledar secara percuma kepada 30 orang penduduk terpilih yang disumbangkan oleh pihak JKJR. Turut hadir memeriahkan program ini adalah Pengarah JKJR Wilayah Persekutuan, Ketua Polis Balai TTDI, Pegawai dari JPNIN, Pengerusi RT dan Pengerusi PPSKP serta lebih 1,000 jemaah yang turut hadir menunaikan solat Jumaat.

 

Program ini diharapkan dapat memberi pengetahuan dan kesedaran tentang aspek keselamatan jalan raya kepada semua penduduk yang hadir. Acara kempen seterusnya bakal diadakan di Masjid Al-Hidayah, Kg. Sungai Penchala selepas solat Jumaat minggu hadapan.
 
     
IMG-20161014-WA0063  IMG-20161014-WA0023 
 
 IMG-20161014-WA0018  IMG-20161014-WA0017  

Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel