05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pelajar SK Bandar Baru Sentul 'Urus Jenazah'

jensentul

 

20 Oktober 2016 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menjalankan Kursus Pengurusan Jenazah dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul pada 19 Oktober 2016 (Rabu) bertempat di Masjid Amru Ibni Al-’As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Program melibatkan seramai 100 orang pelajar tahap 2 sekolah itu bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari telah dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Muhammad Shafiq bin Mohd Zaropi dan Ustazah Ruzeeta bin Saad dari Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dengan pemantauan oleh Guru Penyelia SK Bandar Baru Sentul, Ustaz Mohd Shahdan bin Bakar bermula dengan pembelajaran teori, praktikal pengurusan jenazah sehinggalah ke urusan pengebumian.

Pihak JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar pelajar-pelajar cilik ini dapat memanfaatkan segala ilmu pengurusan jenazah yang disampaikan sekaligus menimbulkan kesedaran di kalangan mereka dalam menghadapi situasi sebenar di saat keluarga dan masyarakat memerlukan. 

 

jensentul1 jensentul2
 jensentul3  jensentul4
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel