05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Check-In Masjid: Indahnya Hidup Dengan Solat Sempurna @Masjid At-Taqwa TTDI

CIM01

15 Oktober 2016M/ 20 Muharram 1437H (Sabtu) – Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur dengan kerjasama Green Dome dan KUISCELL telah mengadakan program “ Check In Masjid Indahnya Hidup Dengan Solat Sempurna ”  bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dengan bacaan doa oleh YBhg Tuan Haji Ramli Othman (Imam Ratib Masjid At-Taqwa) dengan disusuli ucapan Perasmian oleh YBhg Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor (Pengerusi Masjid At-Taqwa TTDI). Program ini disampaikan oleh dua orang penceramah yang tidak asing lagi iaitu YBhg Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan YBhg Ustaz Mohammad Taha Hassan.

Program ini terbahagi kepada dua slot, slot pertama disampaikan oleh YBhg Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dengan tajuk “Sejarah Permulaan Solat”, manakala slot kedua diadakan bedah buku “Mudahnya Solat” dan praktikal solat oleh YBhg Ustaz Mohammad Taha Hassan. Program ini berakhir pada jam 4.00 petang dengan dihadiri oleh 200 orang peserta.

Turut hadir pada majlis ini adalah CEO Green Dome YBhg Ustaz Mohd Syafiq b Zulakifli, Imam Bilal dan barisan Jawatankuasa Masjid At-Taqwa TTDI.  

CIM02 CIM03
CIM04 CIM05
 CIM06  CIM07
   
   

Disediakan Oleh:
Masjid At-Taqwa TTDI KL
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

uploaded by: 5UF14N

 


Cetak   Emel