05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Bahasa Mandarin (Asas Komunikasi) Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur

KBMJ1

15 Oktober 2016 (Sabtu) – Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur dengan usahasama Unit Latihan & Bahasa, Islamic Outreach ABIM Centre telah menganjurkan Kursus Bahasa Mandarin (Asas Komunikasi Tahap 1) yang diadakan pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Kursus ini berdurasi 16 jam melalui 8 sesi kelas yang bermula sejak 8 Oktober 2016. Para pelajar akan dibimbing untuk menguasai Bahasa Mandarin melalui teknik asas sebutan perkataan dan melatih diri melalui dialog dan soal jawab.

Guru yang membimbing kelas ini merupakan guru yang berpengalaman dan tahu bagaimana Bahasa ini boleh dipelajari dan dikuasai walaupun bukan daripada kalangan orang berbangsa Cina. Bermula daripada tahap 1, para pelajar berpeluang untuk mengikuti siri-siri bagi tahap seterusnya sehingga kepada kebolehan berkongsi maklumat mengenai Islam dan menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh yang bukan beragama Islam dalam Bahasa Mandarin.

Orang ramai yang ingin mengikuti kelas ini masih berpeluang untuk menghubungi Pejabat Pentadbiran Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur di talian 03-26912829, atau menghubungi urusetia tetap iaitu Us. Mohd Faisal Tan di talian 017-3972407. Yuran bulanan yang ditetapkan bagi setiap pelajar adalah RM70.00.
  

KBMJ2 KBMJ3
KBMJ4 KBMJ5
   
   
   

Disediakan Oleh:
Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 3
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

uploaded by: 5UF14N


Cetak   Emel