05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Turun Padang Ziarah Wad 24 HKL

 
ziarahhklputra

 

 

14 Oktober 2016 | 13 Muharram 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program Ziarah Dakwah bil Hal berjadual dengan membuat lawatan kali ini ke Wad 24 (Perubatan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 12 Oktober 2016. Seramai 7 orang pegawai dan kakitangan Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah membuat lawatan ke Wad 24 HKL diketuai oleh Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah, YBhg. Ustazah Hasyidah binti Mohd Noor. Ziarah Dakwah bil Hal adalah merupakan aktiviti bulanan Bahagian Pengurusan Dakwah menerusi Unit Kebajikan Islam bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di kalangan pesakit dan tidak ketinggalan kakitangan-kakitangan yang bertugas di wad hospital berkenaan.

 

Sesi lawatan bermula pada jam 10.00 pagi diiringi oleh Ketua Jururawat Wad 24, Encik Chandran serta unit Perhubungan Awam (PRO) HKL. Peserta ziarah turut menyampaikan goodies bag di samping memberi khidmat nasihat kepada seramai 50 orang pesakit di Wad 24. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar aktiviti Ziarah Dakwah bil Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu para pesakit di hospital ini memahami kaedah beribadat bagi pesakit dengan lebih tepat di samping turut memberi semangat kepada mereka dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.

 

ziarahhklputra2 ziarahhklputra1
ziarahhklputra4 ziarahhklputra5
ziarahhklputra5 ziarahhklputra3


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel