05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SAMBUTAN MAAL HIJRAH MASJID AR-RAHAH BERSAMA USTAZ DON

   hijrahdon  
 

 

07 Oktober 2016 (Jumaat), Bangsar South – Sempena Sambutan Maal Hijrah 1438, pihak Masjid Ar Rahah dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) telah menganjurkan satu Kuliah Jumaat Khas yang diadakan di Dewan Solat, Masjid Ar Rahah, Bangsar South, Kuala Lumpur.

 

Pihak masjid dan PPZ MAIWP telah menjemput Ustaz Don Daniyal Bin Biyajid, seorang selebriti dakwah terkenal yang telah menyampaikan Kuliah Khas yang bertajuk Indahnya Hijrah dan turut menyentuh beberapa isu berkaitan zakat.

 

Sementara itu, pihak PPZ MAIWP juga telah membuka kaunter zakat bergerak di ruangan parkir masjid untuk memudahkan orang ramai membuat urusan pembayaran zakat, permohonan zakat dan sebarang pertanyaan berkaitan hal-hal zakat.

 

Sambutan daripada jemaah amat memberangsangkan dan pihak masjid akan meneruskan penganjuran program-program kerjasama seperti ini baik dengan PPZ MAIWP dan agensi-agensi lain.

 

 
     
hijrahdon2  hijrahdon4 
 
     

Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel