05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MEMUPUK IBRAH DARI HIJRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.

mjtaasceramahkhas3
9 Oktober 2016M/ 9 Muharram 1438H (Ahad) – Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS), Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur telah menganjurkan Ceramah Perdana Khas Sempena Ma’al Hijrah 1438H yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid selepas Solat Maghrib. Ceramah ini telah disampaikan oleh Y.Bhg. SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.
 
Melalui ceramah ini, para hadirin diseru untuk sama-sama berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik dengan mengambil pengiktibaran dari peristiwa hijrah yang berlaku kepada baginda nabi Muhammmad S.A.W untuk dijadikan panduan dalam kehidupan rentetan hijrah tersebut membuahkan kejayaan nabi terhadap dakwah Islamiah sehingga tertegaknya daulah Islam di Madinah.
 
Program ini berjaya menarik minat lebih 300 orang jemaah setempat dan berakhir dengan majlis tahnik 3 orang cahayamata yang baru lahir yang turut disempurnakan oleh Y.Bhg. SS Datuk Mufti. Pihak MJTAAS juga meneruskan acara Sambutan Ma’al Hijrah ini dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Sempena Hari Asyura’ pada 10 Muharram bersamaan 10 Oktober ini.
mjtaasceramahkhas mjtaasceramahkhas2
mjtaasceramahkhas5  mjtaasceramahkhas4

Disediakan Oleh:                                                                                                                            
Pejabat Zon 6, Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel