05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Mari Mengaji @ Taman Melati

WhatsApp Image 2016-10-10 at 1.26.44 PM 

 

09 Oktober 2016  (Ahad) – Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dengan kerjasama Nadi Al-Baghdadi telah menganjurkan Program Hafazan Al-Quran untuk kanak-kanak 6 -12 tahun yang bertempat di dewan solat utama Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati Setapak, Kuala Lumpur.

 

Program yang bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari ini telah menarik minat seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada anak kariah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi untuk menimba ilmu serta mempelajari teknik-teknik hafalan Al-Quran yang lebih berkesan. Seramai 4 orang fasilitator daripada Nadi Al-Baghdadi iaitu Ustaz Muhamad Badrul Nuh, Ustaz Amir Rushaidi, Ustazah Shazana Shafiin dan Ustazah Husna Hayati yang telah membimbing para peserta sepanjang program diadakan.

 

Program seperti ini harus diadakan lagi pada masa akan datang untuk melahirkan generasi yang hafiz Al-Quran serta dapat memelihara kesucian Al-Quran Al-Karim.

 

WhatsApp Image 2016-10-10 at 1.26.45 PM 1 WhatsApp Image 2016-10-10 at 1.26.45 PM
WhatsApp Image 2016-10-10 at 1.26.47 PM WhatsApp Image 2016-10-10 at 1.26.48 PM
   
   
   

Teks dan Foto disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2

Bahagian Pengurusan Masjid

JAWI

 

 


Cetak   Emel