05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Diskusi Sah Nikah Sah Nasab

 

8 Oktober 2016 / 7 Muharam 1438H (Sabtu) – Program Diskusi Sah Nikah Sah Nasab telah diadakan anjuran bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, di Dewan Serbaguna Aras 1, Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Cheras Kuala Lumpur.

Program ini bertujuan mendedahkan kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara keturunan yang sah demi mencapai salah satu matlamat maqasid syariah iaitu memelihara keturunan dan memberi penjelasan kepada masyarakat tentang kepentingan sesuatu perkahwinan itu dilakukan mengikut hukum syarak dan peraturan yang ditetapkan.

Ceramah Khas Sah Nikah Sah Nasab telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir yang membicarakan tentang pernikahan menurut hukum syarak dan kepentingan perkahwinan dilangsungkan mengikut pentadbiran hukum syarak.

Bual bicara isu-isu NCR pula telah dikendalikan oleh Ustaz Hazman bin Hashim, Penolong Pengarah di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga sebagai moderator. Panel undangan pula ialah Puan Suzana binti Ghazali, Perunding Psikologi dan Guaman Syarie. Isu-isu yang dikupas sangat  berinformasi dengan contoh-contoh kes yang dikendalikan sendiri oleh beliau menarik perhatian peserta.

Program ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Timbalan Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, mantan pengarah JAWI. Encik Anuar bin Che Mat selaku pengerusi Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam juga merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama program yang dilaksanakan dan berharap agar lebih banyak program seumpama ini diadakan di masjid tersebut kerana banyak manfaat yang diperoleh oleh masyarakat setempat.

 
   
   
   

Cetak   Emel