05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Menyantuni Dan Ramah Mesra Bersama Ibu Hamil Tahun 2016

10 Oktober 2016 (Isnin) – Memberi kefahaman dan penghayatan mendalam kepada peserta tentang peranan dan kewajipan ibu bapa dalam melahir dan membina zuriat yang cemerlang bermula dari awal perkahwinan adalah salah satu matlamat utama penganjuranProgram Menyantuni dan Ramah Mesra Bersama Ibu Hamil Tahun 2016.

Program yang julung-julung kali diadakan ini merupakan program kerjasama Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan Klinik Kesihatan Tanglin, Kuala Lumpur.

Antara pengisian program ini ialah sesi ceramah 1 bertajuk Amalan Sebelum, Semasa dan Selepas Kelahiran Menurut Perspektif Islam yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim bin Zakaria, Pensyarah/Pengamal Perubatan Islam. seterusnya sesi ceramah kedua dengan tajuk Persedian dan persiapan ibu mengandung dari segi perubatan dan kesihatan yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan Ibu dan Anak Klinik 10 kesihatan Tanglin, Dr. Farah binti Ahmad Hulaimi.

Terdahulu program berkenaan dirasmikan oleh YBrs. Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI serta Dr. Nor Faizah binti Ghazali, Pegawai Perubatan Pakar, Klinik Kesihatan Tanglin, Kuala Lumpur.

 

   
   
   

 

 

 

 

 

 

 

 


Cetak   Emel