05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

'Tazkirah Dalam Tren, Mathurat Dalam Bas'

 

etspb
10 Oktober 2016 | 9 Muharram 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Persatuan Alumni Pusat Pembelajaran Usahawan Bumiputera Maju (PP.IUB) Malaysia telah menganjurkan program Santai Riadah 1 Hari ke Padang Besar, Perlis Menaiki Tren ETS pada 9 Oktober 2016. Para peserta telah berkumpul di stesen KL Sentral seawal jam 5 pagi dan tren mula berlepas ke Padang Besar pada jam 6.50 pagi. Seramai 2 orang pegawai daripada JAWI iaitu YBhg. Ustazah Sakdiah binti Mohamed Nusi dan YBhg, Ustaz Saberi bin Ismail telah turut sama diundang dalam rombongan ini. Perjalanan yang mengambil masa 5 jam untuk sampai di Padang Besar tidak dirasai apabila ianya diisi dengan slot ‘Tazkirah Dalam Train’ yang disampaikan oleh Ustazah Sakdiah dan Ustaz Saberi di sepanjang perjalanan. Bacaan mathurat turut diselitkan sepanjang perjalanan dari stesen ETS menuju ke destinasi menggunakan bas. 

 

 

Antara pengisian program sepanjang berada di Padang Besar ialah sesi mengedar bubur asyura bersama Ahli Parlimen Padang Besar dan pemberian cenderahati kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Perlis di samping tidak ketinggalan acara membeli belah di Aked Padang Besar. Rombongan bergerak pulang ke Kuala Lumpur pada jam 8 malam dan selamat tiga di KL Sentral pada jam 1 pagi. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap lebih banyak lagi program dakwah santai seumpama ini dapat dianjurkan dari pelbagai pihak agar masyarakat di luar sana sedar bahawa dakwah tidak seharusnya tertumpu di dalam masjid mahupun di kuliah-kuliah agama malahan ianya lebih daripada itu dan sangat wajar diperluaskan skopnya.

 

 

etspb1 etspb2
   
   


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel