05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS INTENSIF SAUDARA KITA MEMBIMBING SAUDARA MUSLIM MENGAMALKAN ISLAM DENGAN CARA YANG SEBENAR

WhatsApp Image 2016-10-10 at 14.41.41

 

7 Muharam 1438H / 8 Oktober 2016M (Sabtu) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan melalui Cawangan Pengurusan Dakwah telah mengadakan Kursus Intensif Saudara Kita Siri III Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Program ini merupakan program penutup bagi program saudara kita pada tahun ini.

            Kursus ini ditawarkan kepada saudara kita yang baharu memeluk Islam bagi mengikuti bimbingan dari segi fardhu ain. Ianya juga memberikan ruang dan peluang juga kepada saudara muslim yang telah lama memeluk Islam namun tidak pernah diberi bimbingan yang sewajarnya untuk mengamalkan Islam secara sepenuhnya. Dalam kursus ini banyak disentuh mengenai perkara teori fardhu ain, terutamanya berkaitan wudhu, solat, bengkel mengenai praktikal cara-cara mendirikan solat, wudhu, dan bacaan dalam solat serta pengajian iqra’ dan Al-Quran. Ianya adalah keperluan dan panduan hidup untuk melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna.

            Di samping itu juga,kursus ini sangat diperlukan untuk memberikan motivasi dan semangat kepada golongan saudara muslim yang baru memeluk agama Islam supaya mereka mendapat pendedahan mengenai kewajipan sebagai seorang yang bergelar muslim.

.

WhatsApp Image 2016-10-10 at 14.40.40 WhatsApp Image 2016-10-10 at 14.41.41
   

Disediakan Oleh:                                                                                                                            
Cawangan Pengurusan Dakwah
JAWI, Labuan


Cetak   Emel