05:51
Imsak
06:01
Subuh
13:20
Zohor
16:36
Asar
19:26
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Forum Muslimah Bertajuk “ Wanita : Antara Kerjaya & Keluarga”

1

 

08 Oktober 2016 (Sabtu) – Jabatan Agama Islam WP Labuan dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP Labuan dan Pusat Penataran Ilmu & Bahasa UMS KAL telah menganjurkan satu program khas khusus bagi jemaah muslimah iaitu Forum Muslimah Bertajuk “ Wanita : Antara Kerjaya & Keluarga”. Forum ini menampilkan panel seorang pendakwah muslimah yang cukup dikenali ramai iaitu Ustazah Norhafizah Musa. Manakala moderator forum adalah Ustazah Siti Halimah bt Putung, pensyarah dari PPIB UMSKAL.

Program yang bermula sejak dari jam 8 pagi berjaya menarik kehadiran hampir 200 orang peserta di sekitar WP Labuan. Manakala forum berlangsung selama 2 jam iaitu dari jam 9 pagi sehingga jam 11 pagi. Objektif program ini ialah bagi mengupas dan membincangkan peranan wanita dalam hal-hal isu semasa terutama berkenaan kerjaya dan keluarga serta motivasi untuk menjadi wanita muslimah sejati menurut perspektif Islam.

Majlis diserikan dengan majlis penutupan berbentuk penyerahan cenderahati kepada panel dan moderator. Cenderahati disampaikan oleh Pn. Hajah Rokiah bt Ibrahim diiringi oleh Pn. Nur Aida bt Mohamad.

 

4 5
   

Disediakan Oleh:                                                                                                                            
Masjid Jamek An-Nur,
JAWI, Labuan


Cetak   Emel