05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1438H Peringkat Wilayah Persekutuan Disambut Meriah

 
mh14386

7 Oktober 2016 | 6 Muharram 1438H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1438H pada 6 Oktober 2016 bertempat di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kompleks Pusat Islam. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM, Mantan Pengarah JAWI, YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya dan YBrs. Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, serta pengarah-pengarah Bahagian di JAKIM dan ketua-ketua jabatan kerajaan dan NGO di dalam Wilayah Persekutuan. Seramai 3 individu telah dipilih bagi anugerah khas di samping Anugerah Tokoh Utama Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan pada kali ini. Tokoh Maal Hijrah 1438H telah dianugerahkan kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Azizan binti Baharuddin. 3 penerima anugerah khas Maal Hijrah ialah YBhg. Prof. Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awal (Anugerah Khas Ilmuwan), Supritendan Hj. Ghazali bin Hj. Daud (Anugerah Khas Pendakwah) dan Tuan Hj. Sharin Low bin Abdullah (Anugerah Khas Korporat).

 

 

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki yang mana Tokoh Maal Hijrah 1438H menerima wang tunai RM5,000, trofi dan sijil manakala penerima Anugerah Khas masing-masing menerima RM4,000 berserta trofi dan sijil. Pengunjung di majlis tersebut telah disajikan dengan sesi ceramah Maal Hijrah bertajuk “Ukhuwah : Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sirih” yang telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Zul Ramli bin M. Razali serta turut diserikan dengan acara persembahan oleh Artis Fadzli Far East, kumpulan Nasyid Bilal Idaman, kumpulan Nasyid Az-Zahran dan persembahan khas teater pendek berjudul “Pokemon Abang Sado” oleh kumpulan teater Suara Alam.

 

 

mh1438 mh14381
mh14382 mh14383
 mh14384  mh14385


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel