Forum Muslimah Dirimu Memang Cantik di Masjid Bangsar
26 September 2016 (Isnin) – Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar bersama dengan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP dan White Pearl Beauty telah menganjurkan satu program khas khusus bagi jemaah muslimah iaitu Forum Khas Bertajuk “Dirimu Memang Cantik”. Forum ini menampilkan panel gandingan yang cukup menarik terdiri dari para pendakwah dan selebriti tempatan yang terkenal iaitu Ustazah Norhafizah Musa, Kak Ton White Pearl Beauty dan juga Salima Habibi selaku panel. Manakal moderator program dikendalikan oleh Ustazah Shadiya Abbas. Program ini berlangsung selama 1 jam setengah bermula jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi dan berjaya menarik kehadiran seramai 200 orang peserta di sekitar kawasan dalaman dan luaran kariah Masjid Saidina Abu Bakar As – Siddiq, Bangsar. Objektif program ini ialah bagi mengupas dan membincangkan peranan wanita dalam menjadikan diri mereka wanita muslimah sejati yang terbaik menurut perspektif Islam. |
Disediakan Oleh:
Pejabat Zon 6, Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur