05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Kerja Dari Imam-Imam Negeri Kelantan Ke Agensi Di Bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Imam2 IMG 5817

30 September 2016 (Jumaat) – Pejabat YB. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Lawatan Kerja Dari Imam-Imam Negeri Kelantan ke agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertempat di Dewan Syura Perdana, Kompleks Pusat Islam, JAWI.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dipilih sebagai lokasi lawatan kerja dari delegasi ini bagi membincangkan dan berkongsi pendapat mengenai pengurusan dan pentadbiran dalam sistem pengurusan Islam di samping mengeratkan perhubungan di antara dua negeri ini.

Seramai 40 orang delegasi telah hadir. Turut hadir, Ustaz Ahmad Kamarul Najam Bin Dato Mohd Ghazali, Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam Kanan, Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan serta Ketua-Ketua Bahagian.

Imam2 IMG 5811 Imam2 IMG 5824
Imam2 IMG 5822 Imam2 IMG 5827
Imam2 IMG 5829 Imam2 IMG 5844

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria


Cetak   Emel