05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1438H/2016M PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

 
1
  

1 Muharam 1438H / 1 Oktober 2016M (Sabtu) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1438H/2016M di Masjid Jamek An-Nur. Program ini melibatkan Ketua – Ketua Jabatan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, Ketua Kampung, dan masyarakat Labuan yang melibatkan jemputan seramai 500 orang.

 

Majlis ini juga telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Senator Haji Yunus bin Haji Kurus, Ahli Dewan Negara, Yang Berbahagia Tuan Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Yang Berusaha Tuan Haji Sabarudin bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan,Yang Berbahagia Tuan Ahmad Saifudin bin Haji Md. Tahir, Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan dan Encik Osman bin Kadir , Pengerusi Masjid Jamek An-Nur.

           Antara pengisian majlis adalah Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah 1437H sebelum Maghrib. Manakala Bacaan Awal Tahun Hijrah 1438H diadakan selepas Maghrib diketuai oleh Ketua Imam Masjid Jamek An-Nur iaitu Al Fadhil Ustaz Mohd Najeeb bin Abdul Rahim. Solat Maghrib berjemaah kemudiannya dilaksanakan dan dilanjutkan dengan Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang mana dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Jamek An-Nur.  

2 1


Disediakan oleh
Cawangan Pengurusan Dakwah,
JAWI Labuan.

 


Cetak   Emel