05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Heart to Heart Siri 3 4

 

 

23 September 2016 (Jumaat)– Unit Pentadbiran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Program Heart To Heart. Breakfast Talk Siri 3/2016 bertajuk “Hijrah Hati, Hijrah Minda” di Bilik Mesyuarat, JAWI Cawangan Putrajaya. Kali ini pihak penganjur telah menjemput Prof.Madya Dr. Haji Mohd Nor bin Mamat sebagai penceramah. Program penerapan nilai-nilai Islam ini berlangsung selama dua jam.  Ianya dianjurkan dengan tujuan untuk meningkatkan jati diri dan kualiti para pegawai JAWI Cawangan Putrajaya sebagai penjawat awam yang menerajui hal ehwal pentadbiran agama Islam di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dengan bermatlamatkan “Memperkasakan Dalaman, Mempromosikan Luaran”, program seumpama ini dijangka dapat menyuntik semangat warga JAWI Cawangan Putrajaya bagi melahirkan penjawat awam yang berfikiran terbuka dan positif dalam menghadapi permasalahan yang mendatang.

 

Heart to Heart Siri 3 1 Heart to Heart Siri 3 2
Heart to Heart Siri 3 3 Heart to Heart Siri 3 5
   

  

Disediakan Oleh: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Putrajaya.

Foto oleh: Zul Helmi Bin Abdul Rashid. Teks oleh: Unit Pentadbiran. 

 

 


Cetak   Emel