05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Pelancaran Surau Bergerak Sumbangan Bank Rakyat Kepada JAWI

Bassj1

 

2 Oktober 2016 (Ahad) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menerima sebuah bas sumbangan Bank Rakyat yang diubahsuai menjadi Surau Bergerak. Majlis penyerahan tersebut telah diadakan sempena sambutan Maal Hijrah 1438H Peringkat Kebangsaan di Maeps, Serdang, Selangor. Penyerahan Surau Bergerak tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Hamzah Bin Zainudin Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada YB Mejar Jeneral Dato' SeriJamil KhirBin Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri disaksikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Turut serta di majlis tersebut ialah YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Surau Bergerak ini merupakan inisiatif JAWI bersama Bank Rakyat untuk memberikan keselesaan kepada orang ramai ketika menghadiri majlis atau ekspo yang diadakan di kawasan padang atau dataran yang luas.Surau Bergerak ini menggunakan sebuah bas yang diubahsuai pada bahagian penumpang dan tempat penyimpanan barang. Bahagian penumpang diubah menjadi ruang solat yang selesa dengan kemudahan seperti karpet, pendingin hawa dan pembesar suara. Manakala tempat penyimpanan barang pula diubahsuai bagi tempat penyimpanan bekalan air dan paip untuk mengambil wuduk.

Kelebihan menggunakan bas sebagai surau bergerak adalah seperti berikut :

  1. Mudah untuk bergerak ke tempat yang diperlukan dan boleh ditempatkan di mana-mana lokasi seperti padang, dataran atau tempat parkir kenderaan.
  2. Anggaran jemaah yang boleh mendirikan solat dalam satu-satu masa ialah 35 orang.
  3. Solat boleh didirikan di dalam bas dengan selesa dan tenang dalam apa jua keadaan cuaca.
  4. Penggunaan bas sebagai surau bergerak lebih teratur dan kemas.

 

Bassj2 Bassj3
Bassj4 Bassj5
Bassj6 Bassj7
Bassj8 Bassj9
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel