05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Az-Zufar dan Az-Zahran Wakil Wilayah Persekutuan ke Festival Nasyid Kebangsaan 2016

 
saringan1

 

 

 

29 September 2016 | 27 Zulhijjah 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Pertandingan Saringan Nasyid Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 2016 bertempat di Dewan Jejantas, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kompleks Pusat Islam. Pertandingan yang diadakan pada 27 September 2016 bermula jam 10.00 pagi telah disertai oleh 4 buah kumpulan yang mempertandingkan nasyid dari irama moden dan tradisi. Johan bagi  setiap kategori lagu bagi pertandingan kali ini akan mewakili Wilayah Persekutuan ke Festival Nasyid Kebangsaan (FNK) 2016 yang akan berlangsung di Hotel Bayou Lagoon, Melaka pada 20 – 23 Oktober 2016.

 

Pertandingan kali ini telah dimenangi oleh Kumpulan Az-Zufar dari Universiti Malaya bagi kategori lagu tradisi manakala johan bagi kategori lagu moden dimenangi oleh Kumpulan Az-Zahran juga daripada Universiti Malaya. Antara kumpulan lain yang turut bertanding ialah kumpulan Setiaku dianggotai oleh guru-guru SRA JAWI dan kumpulan Bilal Idaman. Pertandingan telah diadili oleh artis Daqmie yang juga merupakan juri FNK dan En. Ahmad Zuwairi bin Che Ramly, CEO Nasyeed Edutainment Sdn. Bhd. Acara telah turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pegawai dan kakitangan JAWI termasuk YBhg. Ustaz Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid. 

 

saringan2 saringan4


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel