05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TOT Perkasakan Kemahiran Guru Pembimbing Saudara Baru

 
totcukai4

 

 

 

29 September 2016 | 27 Zulhijjah 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus TOT Pembimbing Modul Pengajian Saudara Baru Siri 3/2016 bertempat di Akademi Percukaian Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Kursus selama 3 hari 2 malam tersebut melibatkan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada guru pembimbing di Darul Hidayah, MAIWP telah berlangsung pada 23 - 25 September 2016. Seramai 8 orang urus setia daripada Cawangan Pengurusan Dakwah diketuai oleh YBhg. Ustazah Maizura binti Shamsuddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah telah terlibat bagi memastikan kelancaran perjalanan kursus pada tahun ini. 

 

            Antara slot yang dimuatkan di dalam kursus pada kali ini ialah kelas-kelas pengukuhan subjek Akidah, Akhlak, Fardhu Ain, pengukuhan Tajwid serta Hafazan al-Quran dan juga kemahiran penulisan jawi. Antara tenaga pengajar yang dijemput khas bagi mengendalikan kursus pada kali ini ialah YBhg. Dr. Syed Mohd Hilmi bin Syed Abd. Rahman, Ketua Jabatan di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat juga daripada APIUM, YBhg. Us. Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, YBhg. Prof. Madya Dr. Asmawati binti Suhid, Timbalan Dekan, Penyelidikan dan Pengajian Siswazah, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia dan YBhg. Tuan Mat Yusuf bin Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan juga YBhg. En. Shah Kirit Kakulal Govindji yang merupakan Pengarah Urusan Global Unity Network Resources. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Bahagian Pengurusan Dakwah berharap penganjuran kursus ini akan memberikan pendedahan yang secukupnya kepada semua tenaga pengajar muallaf di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengenai kaedah dan teknik mengajar serta pendekatan yang betul, tepat dan sesuai digunakan untuk pengajaran saudara baru. 

 

 

totcukai totcukai8
totcukai10 totcukai12


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel