05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ziarah Dakwah JAWI Menjengah ke Hospital Selayang

 
ziarahslyg2

 

 

29 September 2016 | 27 Zulhijjah 1437H – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program Program Ziarah Dakwah ke Hospital Selayang pada 30 Ogos  2016. Ziarah Dakwah kali ini bermula jam 10 pagi dan turut disertai oleh Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) bersama seramai 25 orang pegawai dan kakitangan JAWI. Program Ziarah Dakwah kali ini telah melibatkan wad-wad di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi di hospital berkenaan.

 

 

Objektif program Ziarah Dakwah kali ini antara lain bertujuan untuk memberikan bantuan kepada pesakit dari aspek fizikal, mental dan kerohanian di samping melaksanakan tuntutan dakwah bil hal dengan menzahirkan rasa simpati terhadap ujian yang menimpa pesakit-pesakit yang terlibat. Program Ziarah Dakwah telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak Hospital Selayang serta pesakit-pesakit di wad-wad yang terlibat yang rata-ratanya memberi respon agar program seumpama ini dapat diteruskan bagi menunjukkan kepekaan masyarakat terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

ziarahslyg ziarahslyg4


Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel