05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SIRI PEMANTAUAN BERKALA PUSAT KURSUS PRAPEREKAHWINAN SEKITAR KUALA LUMPUR

 
Pemantauan-PK-Sept16-13

 

23 September 2016M / 21 Zulhijjah 1437H (Sabtu)- Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan pemantauan ke Pusat-pusat Kursus Praperkahwinan sekitar Kuala Lumpur.

Tujuan pemantauan ini diadakan adalah bagi memastikan Syarikat Penganjuran Kursus mematuhi peraturan dan garis panduan yang berasaskan Modul MBKPI dipatuhi. Setiap kesalahan dan ketidakpatuhan syarikat pengajuran akan diberikan surat peringatan bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang di masa-masa akan datang.

            Delegasi daripada BPPK, JAWI diketuai oleh Us. Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah (KPP, BPPK). Turut hadir Ustaz Zakaria bin Mohamed dan Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad yang terlibat dalam pemantauan ini.

Delegasi daripada BPPK, JAWI mula bergerak  pada jam 2.00 petang ke Syarikat Bestari Mantap yang beroperasi di Tingkat 1, Kompleks Niaga Utama Bangsar, Kuala Lumpur. Tiba di lokasi sekitar jam 2.15 petang. Seterusnya ke Syarikat Real Treade and Servise di Masjid At-Taqwa Taman Dr. Ismail. Kemudian ke Syarikat Baitul Amin Consultancy di Masjid Al-Ghufran Taman Tun Dr. Ismail diikuti dengan Syarikat Eksklusif Hebat Sdn Bhd di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan berakhir dengan Syarikat Astana Mukmin Entreprise.

Semoga pertemuan antara BPPK, JAWI dan syarikat-syarikat kursus perkahwinan memberi banyak manfaat kepada kesemua pihak dan syarikat-syarikat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada peserta-peserta kursus.

   
Pemantauan-PK-Sept16-01 Pemantauan-PK-Sept16-05
 Pemantauan-PK-Sept16-17  Pemantauan-PK-Sept16-09


Disediakan oleh
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI KL


Cetak   Emel