05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

HALAQAH AN-NISA’ SIRI IV

 
wacana muslimah

 

26  Zulhijjah 1437H / 28 September 2016M (Rabu) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan melalui Cawangan Pengurusan Dakwah dengan kerjasama Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Agama Islam WP Labuan telah mengadakan Program Halaqah An-Nisa’ bertajuk Sayangi Diri, Utamakan Kesihatan di Dewan Mutiara Hasil, Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Labuan di Podium Level, Ujana Kewangan.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Nukleus Labuan iaitu Dr. Wan Awatif bin Wan Mohd Zuhdi. Seramai 40 orang kakitangan jabatan dan guru – guru Sekolah Rendah Agama Islam Labuan menyertai program ini. Program ini diadakan antara lainnya bertujuan, bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kakitangan dalam pelbagai isu berkaitan wanita termasuk penjagaan kesihatan. Majlis tersebut telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi.


Disediakan oleh
Cawangan Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan

 

 


Cetak   Emel