05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:35
Asar
19:20
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Selangkah Kealam Barzakh

KPJ1

23 September 2016(Jumaat) – Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Bagi Bilal-bilal Masjid Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016.Kursus ini telah diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju pada 20 September 2016 bagi siri 1, Masjid Al-Imam Al-Ghazali Bandar Menjalara Kepong pada 21 September 2016 bagi siri ke-2 dan Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasek Selatan pada 22 September 2016 bagi siri ke-3.

Kursus Pengurusan Jenazah ini telah disertai oleh 70 orang bilal yang bertugas di Masjid -masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kursus ini telah diadakan dalam 2 sesi iaitu  teori & amali yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Bahagian Pengurusan Masjid.

Objektif kursus ini diadakan bagi memberi kefahaman kepada peserta mengenai tatacara, adab-adab serta kaedah pengurusan jenazah yang betul dan selamat. Kursus ini amat penting dan bernilai bagi peserta untuk dimanfaatkan serta dipraktikkan apabila masyarakat memerlukan disamping sebagai tanggungjawab kepada saudara muslim yang telah meninggal dunia.

KPJ2 KPJ3
KPJ4 KPJ5
KPJ6 KPJ7
   
   

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel