05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

LAWATAN KERJA JAWI KE JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG

gambar-lawatan-ke-JAIP-06

6 September 2016 (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Pekan Pahang. Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat dan bertukar-tukar pandangan dengan JAIP berkaitan Program Pemutihan Perkahwinan yang telah dilaksanakan oleh JAIP pada tahun 2015. Lawatan kerja ini diketua oleh Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi), JAWI dan disertai oleh ketua-ketua Bahagian JAWI iaitu Ketua Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga merangkap Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’, Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Ustaz Wan Jaapar bin Wan Ahmad dan wakil Bahagian Pendakwaan Tuan Zainor Rashid bin Hassin, Pendakwa Syarie Kanan. Turut terlibat dalam lawatan kerja ini ialah wakil-wakil dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga dan Bahagian Penguatkuasaan. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga turut menyertai lawatan ini. Ahli delegasi dari Mahkamah Syariah terdiri daripada Yang Amat Arif Datuk Mahammad bin Ibrahim, Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan, Tuan Muhammad Khairul Nizzam bin Kassim, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah dan Tuan Mohd Saifullah bin Hamzah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Pihak JAIP amat mengalu-alukan kehadiran delegasi dari JAWI dan memberikan kerjasama dan layanan yang sangat baik sepanjang sesi lawatan kerja berlangsung. Mesyuarat lawatan kerja ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, JAIP iaitu Yang Berbahagian Dato' Haji Mohd Ghazali bin Abdul Aziz. Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Pahang, Tn. Hj Mohammad Abdul Qahar bin Abd Aziz telah menyampaikan taklimat pelaksanaan Program Pemutihan di Pahang yang memberi gambaran jelas tentang faedah dan kaedah pelaksanaan program tersebut di Pahang. Perkongsian dalam lawatan kerja ini memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Pemutihan Perkahwinan ini nanti.

gambar-lawatan-ke-JAIP-05 gambar lawatan ke JAIP 01
gambar-lawatan-ke-JAIP-04 gambar-lawatan-ke-JAIP-03

Foto dan teks oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI KL


Cetak   Emel