05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Pembangunan Jati Diri Remaja Dan Belia Muslim

BeliaM IMG 5465

5 September 2016 (Isnin) – Memupuk semangat waja dan bermotivasi tinggi di kalangan belia merupakan salah satu matlamat utama penganjuran Seminar Pembangunan Diri Remaja Dan Belia Muslim.

Seminar yang julung-julung kali diadakan itu merupakan program kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Seramai 400 peserta yang terdiri daripada para pelajar Institut Kemahiran Belia, (IKB), Institut Profesional Baitulmal (IPB), Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur (IKM KL) dan Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur mengikuti seminar tersebut.

Antara pengisian program ialah sesi dialog yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Radhi bin Abdul Ghani, pegawai Bahagian Pengurusan Masjid JAWI. Panel jemputan ialah Ustaz Abdul Halim bin Hafidz, penasihat agama iM4U serta Ustazah Nurul Hidayah binti Kamarudin, pendakwah bebas.

Terdahulu, seminar berkenaan dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Hadir sama ialah Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga JAWI serta Tuan Haji Mohamad Nor bin Ibrahim, Pengerusi Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

BeliaM IMG 5408 BeliaM IMG 5433
BeliaM IMG 5416 BeliaM IMG 5436
BeliaM IMG 5446 BeliaM IMG 5449
BeliaM IMG 5470 BeliaM IMG 5473

Foto dan teks oleh:

Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan


Cetak   Emel