05:48
Imsak
05:58
Subuh
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:31
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

CINTA RASULULLAH BERSAMA SALAHUDDIN AL-AYYUBI

 

WhatsApp Image 2016-12-18 at 11.24.34 AM

 

17 Disember 2016/17 Rabi’ulAwal 1438H (Sabtu) – Demi memupuk semangat kecintaan kepada Rasulullah SAW dikalangan anak jemaah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi telah menganjurkan Program Sambutan Maulidur Rasul yang bertempat di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati Setapak 53100 Kuala Lumpur.

Program bermula jam 7.30 pagi hingga 10.30 malam ini telah mendapat sambutan dengan kehadiran seramai 300 orang anak jemaah. Diantara pengisian majlis ini disebelah pagi adalah Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul yang disertai sebanyak 8 kontinjen daripada anak kariah Masjid Salahuddin. Kemudian disusuli pula dengan Program untuk Kanak-kanak iaitu, Pertandingan Bercerita Kisah Nabi-nabi, Pertandingan Azan , Pertandingan hafazan al-Quran dan Gubahan untuk Muslimah.

Pada jam 9.00 malam aktiviti diteruskan lagi dengan persembahan nasyid dari artis jemputan Amar dan diakhiri dengan penyampaian hadiah untuk peserta kontijen dan individu yang bertanding serta penyampaian sumbangan atau Bantuan Persekolahan kepada Anak-anak Yatim Bagi Sesi Persekolahan 2017.

 

WhatsApp Image 2016-12-18 at 11.24.36 AM WhatsApp Image 2016-12-18 at 11.24.35 AM
WhatsApp Image 2016-12-18 at 11.31.22 AM WhatsApp Image 2016-12-18 at 11.31.26 AM
   


Foto dan Teks Disediakan oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid

JAWI


Cetak   Emel