05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

seminar-remaja-tajuk

 

5 September 2016M / 3 Zulhijjah 1437 H (Isnin)- Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri telah mengadakan Seminar Pembangunan Jati Diri Remaja Dan Belia Muslim : “Remaja Dan Belia Mithali Harapan Ummah. Seminar ini dihadiri oleh pelajar dari Institut Propesional Baitulmal (IPB), Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Institut Kemahiran Mara Kuala Lumpur (IKM KL) dan Kolej Universiti Poley-Tech Mara (KUPTM) seramai 400 orang peserta yang hadir.

 Seminar yang julung kali dianjurkan oleh Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga ini adalah untuk melahirkan remaja dan belia yang bermotovasi tinggi, rajin berusaha dan bertanggungjawab terhadap diri, agama, bangsa dan negara.

  Seminar ini telah di kendalikan oleh Us. Mohd Radhi bin Abdul Gani sebagai moderator dan dua orang panel yang terdiri dari Ustazah Pilihan iaitu Ustazah Nurul Hidayah binti Kamarudin dan Ustaz Adul Halim bin Hafidz dari Penasihat iM4U.

 Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (KPPK BPPK) Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, KPP BPPK Ustaz Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Pengerusi Masjid Tuan Hj. Mohamad Noor bin Ibrahim serta ahli jawatankuasa, PPK Zon 3 Ustaz Mohd Yazid bin Saad.  Program ini diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Yaakub bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi (TPO) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

.

 seminar-remaja-01      seminar-remaja-02
seminar-remaja-03    seminar-remaja-05
 seminar-remaja-06   seminar-remaja-04  


Disediakan oleh,
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel