05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Profesional Penyembelihan & Pengurusan Haiwan Ibadah Korban 2016 MAHSPKL

Smelih1

 

3 September 2016 (Sabtu) – Masjid Al-Hidayah,  Kg.Sg.Penchala, Kuala Lumpur (MAHSPKL), dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, Bahagian Pengurusan Kariah JAWI, menganjurkan Kursus Profesional Penyembelihan & Pengurusan Haiwan Ibadah Korban 2016. Seramai 92 orang peserta yang mewakili masjid dan surau kawasan Kg. Sg. Penchala dan kawasan sekitarnya telah menyertai kursus tersebut.Kursus ini adalah di bawah bimbingan  Ustaz Abdul Halim Bin Zakaria yang merupakan Exco Dakwah Persatuan Ulama Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Haiwan praktikal yang diperuntukan bagi kursus ini  adalah 2 ekor kambing dan 1 ekor lembu.

Kursus ini diadakan bagi meningkatkan kualiti pengurusan Haiwan Ibadah Korban di Masjid dan Surau agar ianya lebih kemas bersistematik, bersifat insani dan yang terpenting bertepatan dengan tuntutan syarak. Dengan harapan, hasil daripada pengurusan seperti ini tiada unsur kezaliman, daging haiwan tidak tercemar dan ibadah korban diterima oleh Allah S.W.T

Pada sesi pertama yang bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi (3 jam) iaitu sesi praktikal, peserta didedahkan dengan kelengkapan perlu disediakan sebelum memulakan penyembelihan haiwan ibadah korban secara sistematik. Kemudian peserta diajarkan kaedah sembelihan haiwan ibadah korban 2 ekor kambing dan 1 ekor lembu yang telah diperuntukkan secara tertib dan sembelihan tersebut dilaksanakan oleh peserta yang terpilih. Setelah itu, peserta diajarkan pula teknik melapah dan mengeluarkan isi perut haiwan dengan menjaga perkara-perkara yang boleh mencemarkan daging haiwan ibadah korban. Sesi pertama ini berjalan dengan penerangan yang lengkap terhadap perkara-perkara yang perlu dilakukan dan dihindarkan.

Pada sesi kedua bermula jam 11.45 pagi sehingga 1.05 Petang, peserta dibawa masuk ke dalam dewan solat bagi mendengar taklimat yang bertajuk “Persiapan sebelum menguruskan Haiwan Ibadah Korban”.

Alhamdulillah, kursus berjalan dengan baik seperti yang dirancang dan pihak masjid menerima respon yang memberangsangkan daripada mejoriti peserta. Tidak kurang juga yang teruja dengan kaedah pengurusan yang didedahkan kepada mereka. 

 

Smelih2 Smelih3
Smelih4 Smelih5
Smelih6 Smelih7
   
   

Disediakan Oleh:
Masjid Al-Hidayah,  Kg.Sg.Penchala, Kuala Lumpur
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel