05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

AMBANG MERDEKA DI MASJID KAMPONG PANTAI DALAM

   merdekakhadijiah  
 

30 Ogos 2016(Rabu) – Masjid Jamek Al-khadijiah telah menganjurkan satu program Kembara Cinta In Pantai Dalam sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke-59. Program yang julung-julung kali diadakan di Masjid Jamek al Khadijiah telah mendapat tajaan utama Bank Rakyat, dan tajaan bersama Islamic Relief Malaysia(IRM), Pusat Pungutan Zakat(PPZ), Palma Brand Camel Milk dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL).

Masjid Kampong yang pernah diviralkan suatu ketika, mengambil langkah berani dengan menganjurkan Konsert yang melibatkan artis-artis nasyid tanahair sebagai suatu pendekatan yang lebih dekat dengan jiwa belia dan remaja yang suka dengan hiburan. Antara penasyid yang terlibat adalah Saudara Nazrey Johani, Ah Fad n Friends, Ir Ezry, Ir Rozy Destiny dan Kumpulan Simfoni Burdah. Selain itu, pengisian bertemakan kemanusiaan diisi oleh Datin Norelan mewakili Islamic Relief Malaysia dan Tuan Haji Norazman, Pengerusi Lifeline 4Gaza telah berkongsi pengalaman dan perjuangan mereka. Hasil daripada perkongsian tersebut membuatkan pengunjung yang hadir tergamam dan tidak berganjak. Program yang berjaya mengumpulkan pengunjung mencecah 700 orang yang melibatkan anak kariah dan juga pelajar-pelajar yang Sekolah Vokasional Sg. Buloh dan Sekolah Vokasional Kajang, Sekolah Kebangsaan Integrasi Masjid Darul Ehsan dan Persatuan Belia Masjid Wilayah Persekutuan telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Hj Zulkifli bin Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek al Khadijiah, Kampung Pantai Dalam dan turut dimeriahkan dengan jualan gerai dan bunga api yang telah di taja serta acara kemuncaknya adalah Bacaan doa kesyukuran kemerdekaan yang telah dipimpin oleh Saudara Nazrey Johani. Selain itu, telah dijemput 100 buah keluarga yang terdiri darpada golongan asnaf telah mendapat bantuan makanan yang telah ditaja oleh Islamic Relief Malaysia dan majlis diakhiri dengan selawat beramai-ramai bersama semua artis undangan dan tetamu jemputan.

 
     
merdekakhadijiah2  merdekakhadijiah3  merdekakhadijiah4
 
     

Disediakan Oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 6
Bahagian Pengurusan Masjid,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel