05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

WhatsApp Image 2016-09-02 at 9.26.58 AM

1 September 2016 (Khamis) – Masjid Salahuddin al-Ayyubi  telah menganjurkan Program Munajat Kecemerlangan Pelajar UPSR, UPSR (A) dan PT3 2016 yang bertempat di Dewan Salahuddin Al-Ayyubi dan Dewan Solat Utama Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati Setapak, Kuala Lumpur.

Seramai 500 pelajar terlibat meliputi pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Melati, Sekolah Kebangsaan Taman Setia, SRA Salahuddin Al-Ayyubi, SRA Fallahiah Taman Melati dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati,

Tujuan program diadakan  ialah memberi motivasi dan semangat kepada anak-anak di bawah kariah yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, UPSR (A) dan PT3. yang dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Dr. Azhar bin Yaakob Pensyarah UTM.

Majlis bacaan yaasin, tahlil dan doa selamat memohon restu Ilahi turut sama diadakan selepas solat Maghrib.Solat hajat beramai-ramai turut juga disertai oleh  ibu bapa dan para pelajar. Program munajat kecemerlangan ini telah menarik minat hampir 600 orang . Di akhir majlis ini, Masjid Salahuddin al Ayyubi telah memberi cenderahati berupa set alat tulis kepada para peserta yang telah disempurnakan oleh Datuk Ruslan bin Madon, Pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayyubi.Program seumpama ini harus diteruskan lagi pada masa hadapan demi melahirkan anak bangsa  yang cemerlang di dunia mahupun akhirat. 

 

WhatsApp Image 2016-09-02 at 9.26.59 AM WhatsApp Image 2016-09-02 at 9.27.01 AM
WhatsApp Image 2016-09-01 at 9.10.02 PM 2 WhatsApp Image 2016-09-01 at 9.10.02 PM 6
 WhatsApp Image 2016-09-01 at 9.10.02 PM 1  WhatsApp Image 2016-09-01 at 9.10.02 PM 3


Disediakan oleh:

Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid

JAWI 

 

 


Cetak   Emel